Ada beberapa tips untuk memancing hormon pertumbuhan agar dapat menghasilkan hasil yang maksimal. Hormon pertumbuhan yang paling bagus sebelum umur 20 tahun. Itu adalah waktu yang dapat memancing hormon agar dapat menghasilkan pertumbuhan yang maksimal.
Hormon merupakan sejenis protein yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin dan diangkut oleh darah ke dalam organ. Hormon pertumbuhan diperlukan bukan saja untuk pertumbuhan tetapi ia juga diperlukan untuk mengatur beberapa fungsi badan.
Jumlah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adalah berbeda dari waktu ke waktu. Dari awal anda dilahirkan sehingga sekarang, hormon telah mengatur kadar pertumbuhan anda.
Secara alaminya, hormon petumbuhan dibebaskan sepanjang 24 jam oleh kelenjar pituitari anda. 50% dari jumlah hormon pertumbuhan anda dibebaskan ketika waktu tidur 4 jam pertama . Selebihnya dibebaskan bergantung kepada:
* Suhu badan anda (peningkatan suhu badan menggalakkan penghasilan hormon ini)
* Tahap glukosa dalam darah (semakin rendah tahap glukosa, semakin tinggi penghasilan hormon ini)
* Kehadiran asam amino dalam badan anda
* latihan fisikl (senaman)
* pemakanan
Meskipun tidur merupakan penggalak utama dalam penghasilan hormon pertumbuhan, aktivitas latihan fisik turut memainkan peranan penting dalam penghasilan hormon ini. Mengikut fakta, penghasilan hormon ini lebih tinggi ketika kita bersenam berbanding ketika anda tidur.
Tahukah anda semakin meningkat usia, semakin kurang penghasilan hormon pertumbuhan. Penghasilan pertumbuhan semakin berkurang apabila anda berusia antara 20-30 tahun. Penelitian telah menunjukkan hormon ini berada di tahap puncak ketika anda berusia sekitar 20 tahun dan turun mendadak ketika anda menghampiri usia 40 tahun dan seterusnya mencapai tahap uzur.
Sistem badan kita masih menghasilkan hormon ini ketika usia kita bertambah namun ia tidak dapat mengalirkan lebih banyak hormon ini ke dalam aliran darah.
Ada beberapa tips/ cara agar hormon dalam tubuh kita bisa memaksimalkan pertumbuhan. Seperti :
1. Tidur yang mencukupi:
Pastikan anda meluangkan waktu sebanyak 8 jam sehari di atas tempat tidur.Kurang Tidur dapat merendahkan penghasilan hormon pertumbuhan.Usahakan bagi balita mendapatkan waktu tidur yang cukup,sekitar 9 jam.sedangkan bagi remaja dan dewasa ambillah tidur sekitar 7-8 jam sehari.
2. Makan dengan bijak:
Makan setiap hari (sarapan, makan siang, makan malam dan minum malam). Pastikan setiap hidangan yang diambil adalah seimbang.
3. Makan Pra-Latihan:
Ambil makanan yang mempunyai protein dan karbohidrat sekurang-kurangnya 2 jam sebelum kita melakukan senam peninggi badan. Meskipun kita tidak berasa lapar sebelum bersenam, kita boleh mengambil snek untuk menghindari lapar ketika bersenam. ahli makanan telah mendapati seseorang yang melakukan olahraga dengan perut kosong akan mengalami penurunan penghasilan hormon pertumbuhan sebanyak 54%.
4. Lakukan secara maksimum ketika latihan:
Apa yang kita lakukan ketika latihan memberi kesan terhadap kelenjar pituitari. Kekerapan kita melakukan latihan akan menambahkan penghasilan hormon pertumbuhan. Seseorang yang kerap melakukan senam peninggi badan akan menghasilkan lebih banyak hormon ini. Pastikan kita melakukan latihan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu (20 menit setiap sesi).
5. Makanan tambahan:
Pengambilan asam amino dalam pil muti-vitamin sebelum kita olahraga boleh membantu dalam penghasilan hormon pertumbuhan.
6. Makanan Sebelum tidur:
Nah yang satu ini perlu diperhatikan,jangan ambil makanan dalam jumlah yang banyak sebelum kita tidur.Hal ini dilakukan agar tubuh tidak banyak menggalakan penghasilan hormon insulin.Badan kita akan menghasilkan hormon pertumbuhan dalam waktu 2 jam sesudah makan.Penghasilan hormon insulin akan menurunkan penghasilan hormon pertumbuhan.
** Pakar makanan juga telah mendapati pengambilan asam amino -arginine dan orthinine sebelum tidur dapat menggalakkan penghasilan hormon pertumbuhan. Walau bagaimanapun, pastikan anda mengambil sekitar 40-60 gram sahaja.
Minggu, 01 Mei 2011
Penambah tinggi badan
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar